Saturday, July 2, 2011

Kembara Foloan


Seperti yang saya sebut dalam posting sebelum ini, Kembara Foloan merupakan satu aktiviti baru dalam pengisian Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu. Kali ini saya akan paparkan perjalanan Kembara Foloan yang telah di langsungkan pada 2 Julai 2011. Pegawai Daerah Hulu Terengganu telah melepaskan para peserta yang bermula dari Memorial Batu Bersurat Kg. Buloh melalui 44 buah kampung di Daerah Hulu Terengganu dengan jarak perjalanan 144 km. Sebanyak 103 pasukan dari 103 JKKK menyertai acara ini.

Sewaktu berucap sebelum melepaskan peserta kembara beliau menyatakan objektif utama kembara ini diadakan adalah untuk memupuk semangat perpaduan dikalangan JKKK. Saling bekerjasama dan membuat penilaian yang baik dalam menentu sebarang keputusan. JKKK juga diingatkan supaya tidak bergiat cergas semasa satu-satu pertandingan diadakan tetapi hendaklah berterusan. Sebagai contoh, pertandingan kebersihan. Pastinya pertandingan diadakan untuk memupuk dan menjiwa intipati pertandingan itu. Sesudah itu hendaklah diteruskan dan dimurnikan lagi supaya hasrat dan tujuan pertandingan tercapai bukan saja mendapat kejayaan dalam pertandingan malahan berterusan.

Turut Hadir semasa pelepasan itu ialah En Mahari Abd Rahman, Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Penyelia Penghulu, Penghulu-penghulu Mukim, Tn Haji Amran bin Ahmad, Setiausaha Majlis Kebudayaan Daerah Hulu Terengganu.







No comments:

Post a Comment