Sunday, July 19, 2009

Tarikh Pekan Budaya 2009

Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu 2009 akan diadakan di Pekan Kuala Berang mulai 9 Ogos 2009 hingga 15 Ogos 2009. Antara aktiviti yang bakal berlangsung ialah Pameran Agensi Kerajaan, Demonstrasi Masakan, Pertandingan Permainan Tradisional, Pesta Mengemping, Persembahan Kebudayaan serta acara kanak-kanak. Disamping itu, pengunjung juga bakal dihiburkan oleh DJ Terengganu FM yang membuka studio sementara di Tapak Pekab Budaya Daerah Hulu Terengganu.

Para pengunjung juga akan berpeluang membeli barangan keperluan harian di Tapak Pekan Budaya apabila Majlis Amanah Rakyat turut sama memeriahkan dengan membuka lebih 20 buah gerai jualan dari pengusaha tempatan dan luar bagi memasarkan hasil barangan masing-masing.

Saturday, July 18, 2009

Kenangan Pekan Budaya 2007

Tahun 2007 Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu telah berjaya diadakan dengan meriah sekali. Tapak Pekan Budaya di Persisir Sungai Berang yang kini dikenali sebagai 'Water Front' Kuala Berang berjaya menarik ramai pengunjung. Gerai-gerai pameran yang didirikan oleh agensi kerajaan telah memeriahkan lagi pesta kali ini. Pegawai Daerah Hulu Terengganu yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Induk Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu telah memainkan peranan yang besar dalam memastikan kejayaan program.

YB Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu telah merasmikan Pekan Budaya Kali ini dengan disusuli persembahan Bunga Api. TAHNIAH....