Wednesday, March 21, 2012

Mesyuarat Agung Tahunan 2011

Mesyuarat Agung Tahunan MKDHT kali ke 16 telah diadakan pada 24 Disember 2011 bertempat di Dewan Dato Onn, Wisma Merdeka Kuala Berang. Mesyuarat Agung yang dirasmikan oleh Yang Di Pertua Majlis Daerah Hulu Terengganu itu telah berjalan dengan lancar dan Pemilihan Jawatankuasa Tadbir yang baru telah diadakan.

Selama beberapa tahun Majlis Kebudayaan Daerah Hulu Terengganu telah diterajui oleh Tuan Haji Mustafa Muda, kini beliau mengundurkan diri dari menduduki jawatan Yang DiPertua. Ekoran itu, mesyuarat agung ke 16 telah sebulat suara memilih Yang DiPertua Baru iaitu Tuan Haji Talaha bin Ali menduduki jawatan Yang DiPertua.

Tuan Haji Talaha Ali, sememangnya bukan asing dengan Majlis Kebudayaan Daerah Hulu Terengganu. Beliau sebelum ini pernah menduduki jawatan Yang DiPertua Majlis Kebudayaan Daerah Hulu Terengganu sekitar tahun 80an. Kini sekali lagi beliau menabur bakti memimpin Majlis Kebudayaan Daerah Hulu Terengganu.

Berikut adalah pimpinan yang dipilih dalam mesyuarat agung ke 16 tersebut:

Yang DiPertua : YBhg. Tuan Haji Talaha bin Ali
Timbalan Yang DiPertua : En. Mohd Idris bin Deraman
Naib Yang DiPertua I : En. Abd Hadi bin Mamat
Naib Yang DiPertua II : Pn. Asmah binti Puteh
Setiausaha Kehormat : Hj. Amran bin Ahmad
Penolong Setiausaha : En. Rosdi Azhar bin Abd Latif
Bendahari Kehormat : En. Zaki bin Ismail
Jawatankuasa : En. Samsuddin bin Ahmad
En. Mustafa bin Mamat
En. Abdullah bin Che Mohd
En. Abd Rahman bin Jaafar
En. Alias bin Ismail
En. Mustafa bin Wahab
En. Ibrahim bin Taib
En. Sulaiman bin Kasim
Hj. Malek bin Salleh
Pn. Kartina binti Muda
Pn. Haslinda bt Mohd Zanggi
Pn. Rosliza bt Ghani
Cik Mastura bt Jamaldin








No comments:

Post a Comment