Bagi mewujudkan hubungan dua hala yang lebih berkesan dan mendekatkan diri dengan badan-badan gabungan MKDHT, satu program yang diberi nama Kunjung Budaya disusun dengan setiap badan gabungan akan dilawati oleh semua jawatankuasa MKDHT. Selaras dengan hasrat kepimpinan baru yang dipimpin oleh Tuan Haji Talaha Ali, MKDHT akan mendegar sendiri segala pemasalahan dari badan gabungan dengan lawatan pertama ke Kampung Bukit Ara iaitu pada 3 Feb 2012.
Kg. Bukit Ara mempunyai banyak sekali aktiviti budaya iaitu Kumpulan Wayang Kulit, Dikir Barat dan Silat. Jawatankuasa yang diketuai oleh Haji Amran Ahmad selaku Setiausaha MKDHT telah dipersembahkan dengan persembahan silat dan Boxing. Pengiat budaya yang terdiri dari Pak Husin Meli telah menunjukkan kesunguhan dalam mendidik para belia di kampung tersebut.