Saturday, July 2, 2011

Kembara Foloan


Seperti yang saya sebut dalam posting sebelum ini, Kembara Foloan merupakan satu aktiviti baru dalam pengisian Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu. Kali ini saya akan paparkan perjalanan Kembara Foloan yang telah di langsungkan pada 2 Julai 2011. Pegawai Daerah Hulu Terengganu telah melepaskan para peserta yang bermula dari Memorial Batu Bersurat Kg. Buloh melalui 44 buah kampung di Daerah Hulu Terengganu dengan jarak perjalanan 144 km. Sebanyak 103 pasukan dari 103 JKKK menyertai acara ini.

Sewaktu berucap sebelum melepaskan peserta kembara beliau menyatakan objektif utama kembara ini diadakan adalah untuk memupuk semangat perpaduan dikalangan JKKK. Saling bekerjasama dan membuat penilaian yang baik dalam menentu sebarang keputusan. JKKK juga diingatkan supaya tidak bergiat cergas semasa satu-satu pertandingan diadakan tetapi hendaklah berterusan. Sebagai contoh, pertandingan kebersihan. Pastinya pertandingan diadakan untuk memupuk dan menjiwa intipati pertandingan itu. Sesudah itu hendaklah diteruskan dan dimurnikan lagi supaya hasrat dan tujuan pertandingan tercapai bukan saja mendapat kejayaan dalam pertandingan malahan berterusan.

Turut Hadir semasa pelepasan itu ialah En Mahari Abd Rahman, Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Penyelia Penghulu, Penghulu-penghulu Mukim, Tn Haji Amran bin Ahmad, Setiausaha Majlis Kebudayaan Daerah Hulu Terengganu.







Bolasepak Pakaian Beragam

Ada keunikan tersendiri kenapa acara ini di adakan. Pegawai Daerah Hulu Terengganu adalah seorang yang berjiwa rakyat dengan meletakkan hubungan dengan masyarakat menjadi keutamaan. Agak susah untuk mencari pegawai kerajaan yang sering bergaul mesra dengan masyarakat dalam berbagai aktiviti. Bukan saja turun meninjau dan turut serta dalam kegiatan amal di kampung-kampung malahan mengatur sendiri aktiviti untuk merapatkan hubungan.

Kerana itu, dalam Pekan Budaya Darah Hulu Terengganu pada setiap tahun aktiviti bermain bolasepak dengan berpakaian kain pelikat dan kain batik menjadi acara tetap.Olih itu pada Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu 2011 iaitu pada 1 Julai 2011 Tuan Haji Wan Mohamad bin Wan Ibrahim, selaku Pegawai Daerah Hulu Terengganu turut bermain bersama-sama pemain lain dan bergaul mesra.Turut serta ialah En Mahari bin Abdul Rahman, Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Kebudayaan Daerah Hulu Terengganu

Beberapa orang ketua jabatan turut serta disamping pengerusi JKKK.




Perasmian Pekan Budaya 2011

Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu tahun 2011 telah di rasmikan oleh YB Tn Haji Rozi bin Mamat, Exco Kerajaan Negeri Terengganu pada 28 Jun lalu. Pada Tahun ini pengisian program Pekan Budaya akan berlainan dari sebelumnya. Beberapa pembaharuan telah dibuat hasil cetusan ideal Pegawai Daerah yang memberi perhatian keatas pengisan sepanjang 7 hari diadakan Pekan Budaya berlangsung.

Di Majlis Perasmian Pekan Budaya, YB Tn Haji Rozi bin Mamat telah menyatakan rasa gembira dengan kejayaan pelaksanaan Pekan Budaya Daerah yang di anjurkan pada setiap tahun. Usaha kerajaan ini akan memacu ekonomi para peniaga tempatan disamping itu juga memartabatkan seni budaya yang terdapat didaerah ini.

Terdahulu dari itu, Tn Haji Wan Mohamad bin Wan Ibrahim, Pegawai Daerah Hulu Terengganu dalam ucapan menyatakan bahawa Kuala Berang pada abad ke 12 merupakan lokasi pedagang-pedagang asing yang menjalankan urusan pedagangan. Antara negara yang datang berurusan ialah negara cina. Ekoran itu,Kuala Berang dikenali sebagai Fo-Lo-An oleh pedagang-pedagang cina. Disamping itu, banyak tempat menarik yang menjadi lokasi bersejarah yang terdapat dikampung-kampung sekitar daerah ini.

Lantaran itu, Jawatankuasa Pengelola Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasam Majlis Kebudayaan Daerah Hulu Terengganu telah merancang untuk mengadakan Kembara Foloan yang akan membawa para peserta dari kalangan JKKK di seluruh daerah ini mejelajah keseloroh pelusuk kampung dan dimasa yang sama menjawab soalan menguji minda para peserta. Kembara Foloan yang kali pertama diadakan ini dengan melibatkan JKKK adalah program perintis kearah mewujudkan semangat perpaduan dan permuafakatan antara JKKK di daerah ini.

Di sertakan gambar-gambar menarik sepanjang perasmian Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu.











Wednesday, June 22, 2011

Aturcara Penuh Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu 2011

Berikut adalah aturcara penuh Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu 2011 untuk panduan


DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI
Dan perenggan-perenggan berikutnya di sini

Tuesday, June 21, 2011

Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu 2011

Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu sekali lagi akan berlangsung bagi tahun 2011. Kali ini banyak pembaharuan diadakan bagi menarik pengunjung ke Program Tahunan Kerajaan Negeri Terengganu ini. Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu 2011 akan berlangsung mulai 28 Jun hingga 4 Julai 2011 bertempat di Tapak Pasar Tani, Kuala Berang. Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YB Tn Haji Rozi bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Pegawai Daerah Hulu Terengganu selaku Pengerusi Pengelola amat berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh jawatankuasa pengelola. beberapa acara baru dijangkan akan memeriahkan Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu seperti Kembara Foloan dan Demosntrasi Tradisi.

Persembahan kebudayaan tempatan dan luar akan memeriahkan program Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu 2011.


DIJEMPUT BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN PEKAN BUDAYA DAERAH HULU TERENGGANU