Wednesday, August 12, 2009

Hari Keempat Pekan Budaya Daerah 2009

Pada hari keempat, Pekan Budayan Daerah terus dikunjungi orang ramai dengan tumpuan masih lagi mengunjungi gerai-gerai pameran. Namu tidak kurang juga yang mengambil peluang untuk membeli belah peralatan dapur kerana pada hari ini adalah hari 'Giliran' bagi penduduk kampung untuk mendapatkan keperluan rumah di pasar minggu.

Disebelah pagi acara Sukaneka, Kuiz dan Treasure Hunt AADK telah di adakan dengan penyertaan yang sungguh mengkakumkan. Kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk turut sama merasai kemeriahan acara yang disusun.

Manakala disebelah petangnya dipersembahankan Demosntrasi Tumbuk Emping. Riuh rendah bunyian lesung padi yang digunakan bagi menumbuk emping.


Kemeriahan ini turut dirasai dengan kehadiran orang ramai untuk menjamu selera emping yang ditumbuk. Turut sama dipertontonkan ialah Lesung Galang.



Disebelah malam ditampilkan persembahan Puisi Orang Ulu. Satu lagi keunikan yang terdapat di daerah ini iaitu dialeg ulu yang dipopulahrkan oleh En Ibrahim Taib.

Tuesday, August 11, 2009

Hari Ketiga Pekan Budaya 2009

Aturcara Hari Ketiga diteruskan dengan pameran jabatan kerajaan dan badan berkanun terus menerima kunjungan orang ramai. Kelihatan pelajar sekolah turut sama mengambil peluang mendapatkan maklumat dan informasi tambahan di setiap gerai.

Pada sebelah petang ditampilkan usaha kreatif kaum ibu mengikuti Pertandingan Memasak ikan air tawar dan Gubahan Tuala.


Pertandingan yang di kelolakan oleh Puspanita ini berjaya menarik minat ahli-ahli dan pengunjung.


Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ybhg. Pn Hajjah Zainun binti Abdullah, Pengerusi Puspaniat Daerah Hulu Terengganu yang merupakan isteri Pegawai Daerah Hulu Terengganu.



Seterusnya persembahan silat dengan menampilkan beberapa perguruan silat untuk tontonan umum. Berikutan cuaca yang baik, orang ramai dapat mengikuti persembahan dengan selesa.

Disebelah malam pula di persembahkan Kumpulan Dikir Barat Felda Bukit Bading melawan Sri Peradong

Monday, August 10, 2009

Hari Kedua Pekan Budaya 2009

Acara kebudayaan dimulakan dengan Persembahan Kertok Hulu. Persembahan kebudayaan ini yang merupakan antara yang unit di daerah ini sering dipersembahkan di merata tempat. Dengan alat bunyian utama dari satu ruas buluh, ia menjadi produk yang kini dikembangkan kepada kanak-kanak sekolah.



Demonstrasi gasing juga tidak kurang peminatnya kerana pada waktu ini sudah hampir hilang di telan zaman. Orang ramai juga diberi peluang mencuba permainan gasing yang dipersembahkan.



Demonstrasi Menangkap Ular Sempena Pekan Budaya 2009

Kesulitan orang ramai dalam menghadapi saat kesukaran perlu dibantu. Dalam hal ini Jabatan Pertahanan Awam merupakan jabatan yang sering membantu masyarakat yang ditimpa malapetaka atau kemalangan. Di Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu, kakitangan jabatan ini telah menunjukkan cara-cara menangkap ular dengan selamat.





Sunday, August 9, 2009

Temubual di Tfm Sempena Pekan Budaya 2009

Setiap hari Studio Mini Tfm mengadakan temuramah secara langsung dengan menjemput tetamu tertentu bagi memberi maklumat langsung kepada pendengar. Temu bual akan dibuat pada jam 12.15 tengahari dan 3 petang setiap hari.

Hari ini jam 12.15 pagi Pegawai MARA Daerah Hulu Terengganu menjadi tetamu Tfm dan pada jam 3 petang nanti Setiausaha Majlis Kebudayaan Daerah Hulu Terengganu





Mewarna Kanak-kanak Sempena Pekan Budaya 2009

Seramai 40 orang kanak-kanak tabika Kemas di Daerah ini telah menyertai pertandingan mewarna kanak-kanak sempena Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu untuk acara kali hari ke 2.




Pertandingan yang bertujuan untuk mengasah bakat kanak-kanak ini berjaya menarik pengunjung ke Tapak Pekan Budaya





Majlis Perasmian Pekan Budaya 2009

Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu yang merupakan satu program kerajaan negeri pada setiap tahun adalah satu landasan utama untuk mempamerkan produk budaya tempatan kepada pengunjung. Diharapkan juga program ini dapat memberi peluang ekonomi tambahan kepada penduduk tempatan bagi memasarkan barang-barang dagangan masing-masing. Demikian antara ucapan yang di sampaikan oleh YB Rozi bin Mamat semasa merasmikan Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu semalam.


Majlis perasmian yang berlangsung dalam kelembapan ekoran hujan lebat sebelumnya tidak menghalang orang ramai dari mengunjungi tapak pekan budaya yang diadakan.

Dengan kehadiran lebih 1000 orang pada majlis perasmian dijangkakan program ini mampu menjadi agenda utama yang perlu di utamakan dalam usaha memasarkan produk budaya tempatan.


Selepas itu YB Rozi Mamat di bawa melawat gerai pameran agensi kerajaan dan swasta yang menyertai pameran pada kali ini.




Temuramah Di Tfm Sempena Pekan Budaya 2009

Bagi memberikan maklumat yang diperlukan oleh pendengar di seluroh Negeri Terengganu Terengganu FM telah membuka Konti bergerak di Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu dengan memberikan ulasan secara langsung dari tapak Pekan Budaya Daerah.


Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu iaitu Encik Arifin bin Abdullah telah di termuramah secara langsung oleh DJ Pak Dik dan Ayah Ngah. Pelaung ini di ambil dengan memaklumkan pengisian Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu di samping produk-produk lain yang terdapat di Hulu Terengganu.


Persiapan Terakhir Pekan Budaya 2009

Dengan penyertaan lebih dari 40 buah agensi kerajaan dan badan berkanun bagi mempamerkan produk dan aktiviti terkini jabatan masing-masing, Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu dijangka akan bertambah meriah. Sebahagian jabatan sedang bertungkus lumus menyiapkan gerai masing-masing dalam usaha menarik minat pengunjung untuk mengunjungi gerai pameran.


Disamping gerai pameran terdapat juga jualan produk yang dihasilkan oleh jabatan kerajaan dan agensi swasta. Ini sudah pasti akan memberi peluang kepada pengunjung Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu untuk tidak melepaskan peluang.

Dan yang menariknya kelihatan beberapa petugas sedang melakukan latihan bagi mengadakan pertunjukkan ular dari gerai Pertahanan Awam.








SELAMAT BERKUNJUNG KE PEKAN BUDAYA DAERAH HULU TERENGGANU

Monday, August 3, 2009

Aturcara Penuh Pekan Budaya 2009

Program Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu 2009 yang dijadualkan berlangsung pada 9-15 Ogos nanti bakal dirasmikan olih YB Rozi bin Mamat, Exco Kerajaan Negeri Terengganu. Sebanyak 40 buah agensi kerajaan dan Badan Berkanun akan menyertai pameran gerai sepanjang program berjalan.


Berikut adalah pengisian sepanjang program tersebut :-

9 Ogos 2009 : Siang : Pameran Gerai
Malam : Majlis Perasmian
Persembahan Kebudayaan

10 Ogos 2009 : Siang : Pameran Gerai
Persembahan Kertok Hulu
Demonstrasi Gasing
Karaoke Saringan
Malam : Persembahan Badan Kesenian Negeri Trg
Karaoke Saringan

11 Ogos 2009 : Siang : Pameran Gerai
Persembahan Silat
Pertandingan Gubahan dan Masakan
Karaoke Saringan
Malam : Persembahan Dikir Barat
Karaoke Saringan

12 Ogos 2009 : Siang : Pameran Gerai
Kuiz dan Treasure Hunt (AADK)
Demonstrasi Tumbuk Emping dan Lesong Galang
Karaoke Saringan
Malam : Puisi Orang Ulu

13 Ogos 2009 : Siang : Pameran Gerai
Pertandingan mewarna Kanak-Kanak
Pertandingan Grafiti
Pertandingan Permainan Tradisonal
- Congkak
- Bola Beracun
: Malam : Forum Perdana

14 Ogos 2009 : Siang : Pameran Gerai
Senaman Poco-Poco
Pertandingan Permainan Paintball
Pertandingan Bola sepak 5 sebelah
Pertandingan Permainan Tradisional
- Sepakraga Ratus
- Bola cetong
Malam : Persembahan Rodat

15 Ogos 2009 : Siang : Pameran Gerai
Pertandingan Permainan Paintball
Pertandingan Bola sepak 5 sebelah
Pertandingan Permainan Tradisional
- Aneka Tradisi Rakyat
* Gubar Nyiur
* Koyok Nyiur
* Kukur Nyiur
* Perah Nyiur
- Rampai Tradisi
* Terompah Gergasi
* Gelek Rim
* Tapak Gajah
* Kaki Hantu
* Kembar Siam
Karaoke Saringan
Malam : Pertandingan Akhir Karaoke Nascafe

SELAMAT BERKUNJUNG KE PEKAN BUDAYA DAERAH HULU TERENGGANU DI PEKAN KUALA BERANG



Sunday, July 19, 2009

Tarikh Pekan Budaya 2009

Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu 2009 akan diadakan di Pekan Kuala Berang mulai 9 Ogos 2009 hingga 15 Ogos 2009. Antara aktiviti yang bakal berlangsung ialah Pameran Agensi Kerajaan, Demonstrasi Masakan, Pertandingan Permainan Tradisional, Pesta Mengemping, Persembahan Kebudayaan serta acara kanak-kanak. Disamping itu, pengunjung juga bakal dihiburkan oleh DJ Terengganu FM yang membuka studio sementara di Tapak Pekab Budaya Daerah Hulu Terengganu.

Para pengunjung juga akan berpeluang membeli barangan keperluan harian di Tapak Pekan Budaya apabila Majlis Amanah Rakyat turut sama memeriahkan dengan membuka lebih 20 buah gerai jualan dari pengusaha tempatan dan luar bagi memasarkan hasil barangan masing-masing.

Saturday, July 18, 2009

Kenangan Pekan Budaya 2007

Tahun 2007 Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu telah berjaya diadakan dengan meriah sekali. Tapak Pekan Budaya di Persisir Sungai Berang yang kini dikenali sebagai 'Water Front' Kuala Berang berjaya menarik ramai pengunjung. Gerai-gerai pameran yang didirikan oleh agensi kerajaan telah memeriahkan lagi pesta kali ini. Pegawai Daerah Hulu Terengganu yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Induk Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu telah memainkan peranan yang besar dalam memastikan kejayaan program.

YB Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu telah merasmikan Pekan Budaya Kali ini dengan disusuli persembahan Bunga Api. TAHNIAH....