Di Majlis Perasmian Pekan Budaya, YB Tn Haji Rozi bin Mamat telah menyatakan rasa gembira dengan kejayaan pelaksanaan Pekan Budaya Daerah yang di anjurkan pada setiap tahun. Usaha kerajaan ini akan memacu ekonomi para peniaga tempatan disamping itu juga memartabatkan seni budaya yang terdapat didaerah ini.
Terdahulu dari itu, Tn Haji Wan Mohamad bin Wan Ibrahim, Pegawai Daerah Hulu Terengganu dalam ucapan menyatakan bahawa Kuala Berang pada abad ke 12 merupakan lokasi pedagang-pedagang asing yang menjalankan urusan pedagangan. Antara negara yang datang berurusan ialah negara cina. Ekoran itu,Kuala Berang dikenali sebagai Fo-Lo-An oleh pedagang-pedagang cina. Disamping itu, banyak tempat menarik yang menjadi lokasi bersejarah yang terdapat dikampung-kampung sekitar daerah ini.
Lantaran itu, Jawatankuasa Pengelola Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasam Majlis Kebudayaan Daerah Hulu Terengganu telah merancang untuk mengadakan Kembara Foloan yang akan membawa para peserta dari kalangan JKKK di seluruh daerah ini mejelajah keseloroh pelusuk kampung dan dimasa yang sama menjawab soalan menguji minda para peserta. Kembara Foloan yang kali pertama diadakan ini dengan melibatkan JKKK adalah program perintis kearah mewujudkan semangat perpaduan dan permuafakatan antara JKKK di daerah ini.
Di sertakan gambar-gambar menarik sepanjang perasmian Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu.
No comments:
Post a Comment